Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Format peperiksaan Pengajian Sosial diubah sejajar rombakan

Jan 06, 2016 | 11:28 AM



SEJAJAR dengan sukatan pelajaran yang dirombak, format penilaian bagi mata pelajaran Pengajian Sosial peperiksaan GCE peringkat O dan N akan dikaji semula mulai tahun depan.


Daripada setakat soalan esei berstruktur, yang pelajar biasanya jawab dengan memberi fakta sahaja, "soalan respons berstruktur" (SRQ), di mana pelajar pendapat atau cadangan mereka dan menyokong hujah mereka, akan diadakan.


Akhbar The Straits Times melaporkan pada Rabu (6 Jan) bahawa jurucakap Kementerian Pendidikan (MOE) berkata: "SRQ baru menilai keupayaan pelajar menganalisis isu daripada pelbagai perspektif, membina hujah beralasan dan membuat pertimbangan dan cadangan berdasarkan maklumat."


Para pakar berkata perubahan itu bermakna "tiada jawapan betul atau salah", tetapi jawapan perlu dihujah dengan baik.


Markah SRQ ialah 15, sama soalan esei berstruktur pada masa lalu. Baki 35 markah akan terus diperuntukkan kepada soalan berasas sumber, di mana pelajar diminta mentafsir dan menilai sumber-sumber mengenai sesuatu isu. Markah tertinggi yang boleh didapat dalam peperiksaan pengajian sosial ialah 50 markah.


Buat pertama kali, pelajar pengajian sosial juga akan dikehendaki mengambil bahagian dalam projek 'siasatan isu', di mana mereka menjalankan tinjauan dan mentafsir data yang dikumpul.


Ini akan menjadi sebahagian daripada penilaian berasas sekolah mereka dan tidak akan dimasukkan ke dalam markah dalam peperiksaan nasional.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >