Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Formula 1: Nico Rosberg juara kali pertama di Singapura

Sep 19, 2016 | 07:28 AM



NICO Rosberg memenangi Grand Prix Singapura buat kali pertama pada Ahad (18 Sep) malam, dalam perlumbaan ke-200 beliau.



Pemandu Mercedes berusia 31 tahun itu mengalah Daniel Ricciardo daripada pasukan Red Bull, yang menamatkan perlumbaan hanya 0.488 saat di belakangnya di tempat kedua.



Rakan sepasukan Rosberg, Lewis Hamilton, menduduki tempat ketiga, di depan pelumba Ferrari, Kimi Raikkonen.



Pemenang empat kali GP Singapura, Sebastian Vettel, yang mula di petak paling belakang, berlumba dengan mengejutkan dan menduduki tempat kelima.



Di garisan penamat, Rosberg tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya dan menjerit ke dalam set radio: "Akhirnya, di Singapura."



Perlumbaan itu bermula dengan huru-hara, apabila pemandu Force India, Nico Hulkenberg, merepuh tembok kurang 20 meter setelah bermula.



Dengan kemenangan ini, Rosberg memintas Hamilton dalam kedudukan pemandu ke tempat pertama. Beliau mempunyai 273 mata selepas 15 perlumbaan, mendahului Hamilton (265) dan Ricciardo (179).



"Ia satu hujung minggu hebat di Singapura bagi saya... sudah tentu Daniel cuba mengalahkan saya pada akhir perlumbaan, tetapi kami berjaya mengatasinya," kata Rosberg selepas perlumbaan.



"Saya benar-benar, benar-benar gembira."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >