Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Foto kiriman PM Lee di Facebook dorong ramai hargai pekerja asing

Jan 05, 2017 | 10:14 AM



SEBUAH gambar seorang lelaki tidak dinamakan yang disiarkan di Facebook oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada pagi Rabu (4 Jan) membuat ramai mencurahkan penghargaan kepada pekerja asing.



Encik Lee memuat naik gambar hitam dan putih seorang lelaki duduk bersendirian di bawah pokok di Taman Pantai Changi, yang dipetik beliau pada hujung minggu Tahun Baru.



Dalam posnya, Encik Lee berkata lelaki itu kelihatan seperti seorang pekerja asing sedang menelefon rumah menggunakan telefon bimbit, dan beliau menggesa orang ramai supaya menghargai sumbangan pekerja asing di sini.



Ini termasuk membina rumah dan prasarana pengangkutan, serta menjaga anak kecil dan warga tua.



"Sedang kita menikmati hari perayaan bersama rakan dan keluarga, marilah kita fikirkan juga pekerja asing yang meninggalkan keluarga mereka untuk bekerja di negara jauh," kata Encik Lee.



Beliau menambah: "Mereka bekerja keras dan menyimpan wang untuk menyara orang tersayang, tetapi sekurang-kurangnya dengan adanya Internet dan telefon bimbit mereka boleh terus berhubung, dan berasa tidak begitu jauh."



Encik Lee telah beberapa kali berkap tentang menghargai pekerja asing dan sumbangan mereka.



Pos beliau mendorong ratusan komen daripada warga Singapura dan pekerja asing.



Cik Nyo Nyo Lwin, seorang jururawat dari Myanmar yang bekerja di Hospital Ren Ci, berkata: "Terima kasih banyak Encik PM kerana ingatan anda pada pekerja asing. Saya telah bekerja di sini selama 10 tahun."



Pelajar Selina Xu menulis: "Saya benar-benar gembira anda menarik perhatian kepada sekumpulan orang yang sering diabai atau tidak dipandang oleh masyarakat kita - pekerja asing kitalah orang yang bersusah payah tanpa mengenal penat lelah untuk membina landskap Singapura.



"Tetapi kadang-kadang nasib dan suara mereka pergi tidak pernah didengar dan sumbangan besar mereka kepada metropolis luas kita kurang dihargai."



Seorang pembantu rumah warga Indonesia, Cik Safira Honney, berkata sesetengah majikan masih tidak membenarkan pekerja mereka menghubungi keluarga mereka, malah semasa cuti perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Krismas dan Tahun Baru.



Beliau menulis: "Mereka fikir pekerja tidak akan mempunyai masa untuk keluarga bos. Ini menyedihkan."



Sehingga pagi Khamis (5 Jan), pos Encik Lee mempunyai lebih 32,000 'like', dikongsi 2,100 kali dan menarik 861 komen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >