Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

G-20 punya peranan kepimpinan utama dalam tangani isu seperti respons kepada wabak, perubahan iklim: Lawrence Wong

Jul 15, 2022 | 11:55 PM



Kumpulan 20 (G-20) boleh memainkan peranan kepimpinan utama bukan sahaja dalam menangani cabaran segera seperti keselamatan makanan, bahkan mengenai isu jangka panjang seperti respons kepada wabak dan perubahan iklim, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap  Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.





Bercakap pada Jumaat (15 Julai) semasa  mesyuarat ketiga Menteri Kewangan G-20 dan Gabenor Bank Pusat di Bali, Indonesia, Encik Wong turut menyentuh mengenai ekonomi global dan isu kewangan antarabangsa.

Encik Wong berkata semua negara kini menghadapi persekitaran yang kompleks.





Di tengah-tengah prospek ekonomi global yang tidak menentu, peranan institusi pelbagai hala seperti Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia kini lebih penting berbanding sebelumnya, katanya.





Di  mesyuarat itu, yang berlangsung dari Khamis hingga Sabtu (14-16 Julai), Encik Wong bercakap mengenai sumbangan Singapura berjumlah AS$10 juta ($14 juta) kepada dana perantara kewangan untuk pencegahan, kesiapsiagaan dan tindak balas kepada wabak.





Beliau berkata Singapura berharap untuk bekerjasama dengan pihak lain antaranya dalam memperkukuh pengawasan penyakit dan menangani ketidaksamaan vaksin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >