Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gabungan M³ dan masjid sinar baru penduduk Jalan Kukoh

Mar 22, 2021 | 05:30 AM



PENDUDUK memerlukan dalam kawasan Jalan Kukoh kini boleh menjangkakan saluran bantuan yang lebih terarah dan khusus.



Buat julung-julung kalinya, cawangan baru M Kuasa Tiga (M³), M³@Jalan Besar, akan bekerjasama dengan Masjid Omar Kampong Melaka untuk mengendalikan Projek Kukoh.



Projek itu bermatlamat mempertingkat mutu kehidupan penduduk menerusi pelbagai kegiatan.



Antaranya ialah usaha mendekati keluarga memerlukan, acara kemasyarakatan, skim bantuan dan sudut belajar.



Demi mencapai matlamat tersebut, sembilan penduduk Jalan Kukoh sendiri dilantik menjadi Duta Blok.



Mereka terdiri daripada lelaki dan wanita yang berlatarbelakangkan keluarga berpendapatan rendah dan menghadapi cabaran tersendiri.



Majlis pelantikan duta diadakan di Masjid Omar Kampong Melaka, Keng Cheow Street, berdekatan Havelock Road, semalam.



Dalam ucapannya, tetamu terhormat, Anggota Parlimen (AP) GRC Jalan Besar Dr Wan Rizal Wan Zakariah, berharap keluarga di Jalan Kukoh lebih sedar tentang beraneka program dan dasar bantuan pemerintah sekali gus membuka jalan memperbaiki mutu hidup.



"Duta kami akan berusaha menggalakkan semangat kejiranan, keharmonian dan perpaduan.



"Mereka juga akan berkomunikasi dan memberi saranan kepada jawatankuasa Projek Kukoh mengenai keperluan dan harapan penduduk.



"Selain itu, mereka akan menyebarkan maklumat serta mengumpul maklum balas.



"Saya sangat bangga atas kesudian anda tampil menjunjung amanah menjadi duta Projek Kukoh.



"Semangat gotong-royong semangat yang mesti kita galakkan, yang mana setiap anggota masyarakat saling menghargai dan menyemai semangat kekitaan.



"Rasa kewarganegaraan ini akan memudahkan kita mengharungi ketidakpastian masa depan. Bersatu teguh, masyarakat kukuh," ujar Dr Wan Rizal.



Projek Kukuh akan memanfaatkan kekuatan setiap pertubuhan yang terlibat dan menggunakan aset masyarakat untuk membantu.



Mereka juga akan bekerjasama dengan agensi pemerintah dan pertubuhan Melayu/Islam untuk menangani masalah yang diketengahkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >