Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gadis 16 tahun ditangkap berkaitan penipuan di pasaran dalam talian Carousell

Jan 11, 2017 | 02:56 PM



SEORANG gadis berusia 16 tahun ditangkap pada Isnin (9 Jan) kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes penipuan di pasaran dalam talian Carousell, kata polis dalam satu kenyataan akhbar pada Rabu.



Remaja itu didakwa mengiklankan krim pelangsingan di Carousell pada harga menarik, tetapi "kemudian mengelak-elak" dan tidak menghantar barang itu selepas mangsa memindahkan wang kepadanya, kata polis.



Beberapa mangsa membuat laporan polis sejak 28 Sep tahun lepas (2016).



Pegawai Polis Divisyen Central menangkap remaja itu pada Isnin selepas siasatan luas.



Jika didapati bersalah menipu, dia boleh dikenakan hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda.



Dalam kenyataannya, polis menasihati orang ramai supaya mengambil langkah-langkah berikut untuk mengelak menjadi mangsa penipuan pembelian dalam talian:



- Buat pembelian dalam talian hanya daripada vendor terkemuka.



- Jika bayaran pendahuluan perlu dibuat, jalankan urusan itu hanya dengan orang yang dikenali dan dipercayai.



- Pastikan orang atau syarikat yang menjual barang itu terletak secara fizikal di lokasi yang mereka dakwa mereka berada.



- Periksa rekod syarikat atau penjual. Tanya pelanggan lain tentang perkhidmatan yang mereka terima daripada penjual itu.



- Jangan sekali-kali beri nombor akaun bank, nombor kad kredit dan maklumat peribadi kepada orang yang tidak diketahui atau belum diperiksa.



- Jangan beri sembarang maklumat yang tidak perlu untuk membuat pembelian.



- Harus sedari bahawa penipu boleh menggunakan akaun bank tempatan bagi transaksi untuk meningkatkan kredibiliti mereka. Pemilik akaun bank itu mungkin bukan orang yang berkomunikasi dengan anda dalam talian.



Bagi maklumat lanjut mengenai penipuan, layari scamalert.sg atau hubungi hotline Antipenipuan di 1800-722-6688.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >