Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lensa MILENIAL

Gadis atasi cabaran hidup

Mar 05, 2018 | 05:30 AM



BAK jatuh ditimpa tangga, kehidupan Nurina Majdah Sahhari semakin mencabar apabila ibunya didapati menghidap tumor otak.



Sebelum itu kehidupannya memang mencabar memandangkan ibunya ketika itu merupakan pencari nafkah tunggal bagi keluarganya.



Bapanya tidak lagi tinggal bersama mereka setelah bercerai dengan ibunya ketika Cik Nurina berusia 9 tahun.



Selepas ibu bapanya bercerai, Cik Nurina tinggal bersama datuk dan neneknya.



Apabila ibunya didapati menghidap tumor otak, mereka semua terpaksa berpindah ke sebuah flat yang lebih kecil demi membiayai perbelanjaan perubatan ibunya.



Neneknya terpaksa kembali bekerja agar dapat menyara kehidupan keluarga itu.



Tempoh itu merupakan masa mencabar bagi Cik Nurina, kini pelajar tahun pertama Politeknik Republic (RP).



"Sukar bagi saya tumpu perhatian kepada pelajaran. Nenek pula terpaksa bertungkus lumus membantu ibu.



"Saya dapat rasakan kesusahannya.



"Pada waktu itu saya rasa macam dah tak tentu arah dan adakala mahu menyerah sahaja," ujar beliau yang kini berusia 20 tahun.



Mujur ibunya beransur pulih dan telah berupaya bekerja.



Sebelum berjaya memasuki RP, Cik Nurina merupakan pelajar Institut Pendidikan Teknikal Kolej Barat bagi kursus Higher Nitec dalam Operasi Riadah dan Pelancongan.



Kehidupan awal yang mencabar mendorong Cik Nurina berusaha gigih dalam pendidikan. Dalam salah satu semester akademik di ITE beliau juga berjaya menyertai Senarai Pengarah - penghormatan yang diberikan kepada 10 peratus pelajar terbaik dalam kohortnya.



Semasa di sekolah menengah pula beliau bergiat dalam pasukan pandu puteri.



Beliau juga pernah memimpin pelbagai projek pengumpulan dana dan kegiatan sukarela.



Kecekalannya mengharungi cabaran serta pencapaiannya dalam kegiatan kokurikular merupakan antara faktor beliau dipilih untuk menerima Anugerah SMEF-Leftenan Adnan baru-baru ini.



Menghargai anugerah itu, Cik Nurina berkata dana sebanyak $700 yang diterima itu boleh membantunya mengurangkan beban kewangan keluarganya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >