Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Gagal penuhi syarat latihan PWM: Pekerja tidak turun pangkat, dipotong gaji

Feb 15, 2023 | 05:30 AM



SEJAUH ini, tiada kes yang dilaporkan berkaitan pekerja sektor pembersihan, keselamatan dan landskap yang diturunkan pangkat atau dipotong gaji kerana gagal memenuhi syarat latihan di bawah Model Gaji Progresif (PWM), menurut Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad.



Gaji di bawah skim PWM itu ditetapkan berdasarkan tugas yang dilakukan dan bukan sama ada mereka memenuhi syarat latihan yang ditetapkan, tambah Encik Zaqy.



Justeru, majikan perlu membayar gaji yang sesuai selagi pekerja itu melaksanakan tugasnya meskipun pekerja tersebut belum memenuhi syarat latihan PWM, tambahnya.



"Majikan akan meletakkan setiap pekerja di tangga kerja yang sesuai, selepas mempertimbangkan keperluan perniagaan mereka serta keupayaan pekerja tersebut untuk melaksanakan tugas.



"Majikan perlu menggajikan pekerja mereka berdasarkan PWM yang ditetapkan bagi tangga kerja mereka.



"Meskipun setiap pekerjaan mempunyai syarat latihan tertentu, gaji PWM adalah berdasarkan tugas yang dilakukan, bukan syarat latihan yang dipenuhi," katanya.



Encik Zaqy mengulas demikian dalam responsnya kepada Cik Carrie Tan (Nee Soon) di Parlimen Selasa.



Cik Tan telah bertanyakan sama ada MOM sedar akan sebarang kes di mana pekerja yang lebih berpengalaman dalam sektor pembersihan, keselamatan dan landskap yang dipotong gaji atau diturunkan pangkat kerana gagal ujian pensijilan disebabkan kebolehan membaca atau bertutur dalam bahasa tertentu.



Selain itu, Cik Tan turut bertanyakan apa yang boleh dilakukan pekerja jika terpaksa berdepan dengan situasi seperti itu.



Menjawab pertanyaan tersebut, Encik Zaqy berkata rakan kongsi tiga pihak yang menetapkan latihan PWM sedar bahawa ia bertujuan membantu pekerja bergaji rendah, dan tidak seharusnya memburukkan keadaan.



Bagi menyokong latihan bagi pekerja yang mungkin mempunyai kemahiran literasi yang rendah atau menghadapi halangan dari segi bahasa, penyedia latihan boleh menyampaikan kursus atau latihan dengan alat bantuan vernakular atau visual, tambah Encik Zaqy.



Katanya: "Pekerja yang menghadapi masalah dalam memenuhi syarat latihan PWM disebabkan masalah bahasa atau literasi, boleh mendapatkan bantuan SSG (SkillsFuture Singapura).



"Pekerja yang merasakan bahawa mereka tidak dilayan dengan adil juga boleh mendapatkan bantuan dari kesatuan pekerja mereka atau dari MOM."



PWM yang telah diperkenalkan pada 2012 telah membantu warga Singapura dan penduduk tetap yang membawa pulang gaji rendah, seperti pekerja pembersihan dan pegawai keselamatan, memperoleh gaji lebih tinggi dengan meningkatkan kemahiran serta produktiviti mereka.



Pemerintah juga telah meluaskan PWM ke sektor berbeza bagi memastikan pekerja boleh menikmati pendapatan lebih tinggi dan kestabilan untuk jangka panjang.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >