Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN RAPAT HARI KEBANGSAAN

'Gagal' tiada dalam kamus hidupnya

Semangat terus kejar ilmu bekas pelajar Northlight harungi laluan pembelajaran yang kurang konvensional bagi kecapi kejayaan dapat pujian PM Lee
Aug 25, 2019 | 05:30 AM



BELIAU merupakan antara pelajar lemah di sekolahnya hingga kadangkala sukar baginya untuk memberi tumpuan sepenuhnya di dalam bilik darjah.



Mata pelajaran bahasa Inggeris dan Matematik menjadi 'musuhnya' di sekolah!



Menurut Encik Abdillah Mohamad Sam, beliau menghadapi kesukaran mengenal perkataan dan angka waktu itu.



Merumitkan lagi keadaan, sifat pemalu dan tidak suka bergaul atau 'introvert' Encik Abdillah sewaktu di Sekolah Rendah Yio Chu Kang, menyebabkan beliau berasa kurang yakin untuk mendapatkan bantuan dari rakan-rakan mahupun gurunya.



"Apabila cikgu mengajukan soalan kepada saya di dalam kelas, saya akan terkial-kial mencari jawapan. Saya takut memberi jawapan yang salah," katanya yang hanya diberitahu beliau mungkin mengalami disleksia dari gurunya ketika berada di darjah dua.



Disebabkan itu, anak bongsu dalam keluarga tujuh beradik itu pernah gagal sebanyak dua kali dalam Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE).



Namun begitu, semangat Encik Abdillah, kini berusia 25 tahun, untuk sentiasa mengejar ilmu, melihatnya mencapai kecemerlangan membanggakan, meskipun perlu mengambil laluan pembelajaran yang kurang konvensional.



Malah kecemerlangan beliau telah mendapat pujian daripada Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong dalam ucapannya ketika Rapat Hari Kebangsaan pada Ahad lalu.



Menurut Encik Abdillah, kelemahan diri itu tidak dijadikan penghambat cita-citanya dalam meraih diploma dalam bidang grafik pergerakan.



Selepas kekecewaan mendapat keputusan PSLE yang kurang memuaskan, Encik Abdillah, dengan sokongan anggota keluarganya, mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Northlight.



Ternyata, ia merupakan salah satu keputusan terbaik yang pernah dibuatnya.



"Banyak yang telah saya perolehi dan pelajari di Sekolah Northlight, antaranya meningkatkan keyakinan diri saya," menurut beliau lagi.



Bagaimanapun, keyakinan tersebut teruji apabila Encik Abdillah kehilangan kakaknya, yang menjadi tempat mengadu dan sumber inspirasinya.



Permintaan terakhir arwah kakaknya dijadikan pedoman buat dirinya.



"Sebelum arwah kakak saya meninggal dunia, beliau ada memberitahu saya bahawa beliau ingin saya melanjutkan pelajaran ke Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan jika mampu hingga meraih diploma di politeknik.



"Sepanjang saya di sekolah, saya berpegang kepada kata-kata itu," kongsi Encik Abdillah dengan nada yang sedih ketika mengimbas kenangan pilu itu.



Sejurus lulus dalam peperiksaan peringkat GCE 'N', beliau mengikuti kursus Nitec animasi di ITE Machpherson selama dua tahun. Berkat kerja keras dan bakatnya dalam bidang seni, beliau diterima untuk melanjutkan pelajaran di Politeknik Nanyang hingga meraih Diploma Grafik Pergerakan.



Menyorot semula perjalanan persekolahannya, Encik Abdillah, yang kini bertugas sebagai pereka grafik pergerakan di firma hiburan digital Anomalyst Studio, melahirkan kesyukuran dengan apa yang telah dikecapinya dan berharap ia dapat menjadi inspirasi serta menyuntik semangat dalam diri pelajar yang senasib dengannya.



"Saya ingin buktikan kepada orang ramai bahawa pelajar yang 'lambat tangkap' seperti saya pun mampu meraih kejayaan dan mencapai cita-cita hasil kerja keras dan fokus.



"Dengan itu, saya mampu ke tahap sekarang ini walaupun mengalami disleksia dan pernah gagal PSLE. Kegagalan itu mendorong saya untuk bangkit semula dan terus mengejar impian serta meningkatkan diri," ujarnya.




Saya ingin buktikan kepada orang ramai bahawa pelajar yang 'lambat tangkap' seperti saya pun mampu meraih kejayaan dan mencapai cita-cita hasil kerja keras dan fokus.

Dengan itu, saya mampu ke tahap sekarang ini walaupun mengalami disleksia dan pernah gagal PSLE. Kegagalan itu mendorong saya untuk bangkit semula dan terus mengejar impian serta meningkatkan diri.

- Encik Abdillah Mohamad Sam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >