Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gaji lebih tinggi bagi pekerja landskap

Apr 24, 2015 | 03:27 PM



SERAMAI 3,000 pekerja penyenggaraan landskap dijangka meraih gaji lebih tinggi tahun depan, apabila syarikat khidmat landskap berlesen diwajibkan melaksanakan model gaji progresif (PWM).


Model itu menyarankan gaji permulaan sebanyak $1,300 untuk pekerja penyenggaraan landskap sepenuh masa yang merupakan warga setempat.


Ini merupakan kenaikan 30 peratus daripada gaji asas median pada masa ini, $1,000 sejak 2009.


Kelompok tiga pihak untuk industri landskap (TCL) telah melancarkan model itu bagi industri tersebut hari ini, selepas melakukan perbincangan selama setahun.


Mulai Jun tahun depan, firma-firma di bawah Daftar Syarikat Landskap (LCR) ditadbir Lembaga Taman Negara(NParks) perlu melaksanakan PWM.


Sehingga bulan ini, lebih 90 peratus firma dalam industri ini didaftar di bawah LCR.


Tahun lalu, terdapat seramai 6,900 pekerja dalam sektor penyenggaraan landskap, yang mana hanya 3,000 merupakan pekerja warga tempatan.


Antara tugasan yang dilakukan golongan pekerja itu termasuk kerja mencantas asas, merumput dan melakukan rawatan baja.


Di bawah tangga gaji itu, terdapat empat peringkat peningkatan - daripada pekerja landskap kepada penyelia landskap dengan modul Pentauliahan Kemahiran Tenaga (WSQ) yang khusus serta skop tugasan disarankan untuk setiap peringkat.


Penyelia boleh meraih gaji sekurang-kurangnya $2,100.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >