SEDANG pemerintah membuka laluan baru bagi menggalak lepasan sekolah meningkatkan diri menerusi skim kerja sambil belajar, tinjauan pekerjaan terbaru bagi lulusan universiti menunjukkan segulung ijazah berbaloi dari segi pekerjaan dan gaji.
Dapatan tinjauan itu, yang diumumkan semalam, menunjukkan gaji median lulusan yang tamat pengajian tahun lalu naik ke paras tinggi baru iaitu $3,200, berbanding $3,050 bagi lulusan 2013.