GAJI pekerja, termasuk sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF), dalam sektor swasta di Singapura tumbuh lebih perlahan tahun lalu iaitu 4.9 peratus berbanding 5.3 peratus pada tahun sebelumnya.
Bagaimanapun apabila mengambil kira inflasi, gaji nyata golongan itu tumbuh lebih pantas pada 3.9 peratus pada 2014 berbanding 2.9 peratus pada 2013, menurut laporan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) tentang gaji, semalam.