Gaji pekerjaan kemahiran tinggi di Singapura sekarang naik lebih cepat

GAJI dalam industri berkemahiran tinggi seperti kejuruteraan dan teknologi di Singapura semakin meningkat sedang majikan mendapati sukar mencari pekerja berkemahiran tinggi, menurut firma pengambilan pekerja Hays.

Di samping itu, kumpulan bakat di sini sering tidak mempunyai kemahiran yang dikehendaki majikan, mengakibatkan kadar tinggi pekerjaan kosong dan pengangguran, ujarnya.

Firma itu mengeluarkan Indeks Kemahiran Global Hays, yang menilai keupayaan pasaran buruh di 31 negara dalam membekalkan tenaga kerja mahir, pada Selasa (29 Sep). Indeks itu dihasilkan dengan kerjasama Oxford Economics.

Secara keseluruhan, gaji di Singapura sekarang meningkat lebih cepat daripada yang pernah dilihat sebelum ini.

Gaji pekerja berkemahiran teknikal khusus, atau berpendidikan tinggi dan berpengalaman, kini naik lebih cepat daripada pekerja dalam industri kemahiran rendah berbanding pada masa lalu, kata pengarah urusan Hays di Singapura, Cik Lynne Roeder, dalam satu kenyataan.

Kebanyakan tenaga kerja Singapura sudah pun digajikan, tambah Hays. Ini bermakna kumpulan bakat yang ada tidak dapat dibesarkan dalam jumlah yang banyak.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 54
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.