Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Galak belia berwawasan

Penceramah simposium belia usul pandang masa depan, capai matlamat hidup
Oct 19, 2017 | 05:30 AM



USAH kenang masa lalu kecuali ada manfaatnya.



Sejajar itu, beri tumpuan kepada hari ini dan masa depan serta orak langkah memperbaiki diri dan capai matlamat hidup.



Demikian nasihat Ustaz Muhammad Tamliikhaa Khamsani kepada sekitar 500 belia yang hadir di Simposium Belia semalam.



"Dalam Islam, konsep mudah bagi belia adalah jangan lihat ke masa lampau kecuali ia memberi manfaat kepada diri anda.



"Anda tak perlu lihat berapa banyak perkara jahat yang anda pernah buat. Anda tak perlu lihat perkara yang anda tidak bangga lakukan.



"Hidup dalam keadaan hari ini. Perlahan-lahan, anda mula berubah, bertaubat sedikit demi sedikit, asalkan ada kemajuan.



"Kemudian fikirkan tentang masa depan anda," kata Ustaz Tamliikhaa.



Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk Pengajaran Kehidupan Sebenar Dari Al-Quran dan Hadis - Masa Lalu, Hari Ini dan Masa Depan.



Anggota asatizah Masjid Assyafaah dan Jamiyah Ar-Rabitah itu antara tiga penceramah dalam simposium semalam di Joyden Hall, Bugis+.



Ini kali keempat simposium tersebut dianjur Fityan Assyakirin, iaitu sayap belia Masjid Assyakirin, Jurong.



Tema tahun ini ialah Rahmat yang Dilupakan dan disampaikan penceramah tempatan Ustazah Shameem Sultanah dan Ustaz Tamliikhaa.



Turut hadir ialah penceramah undangan dari Malaysia Ustaz Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan. Beliau lebih dikenali sebagai Imam Muda Asyraf setelah muncul juara dalam rancangan Imam Muda pada 2010.



Pegawai pembangunan belia Masjid Assyakirin, Ustaz Muhammad Aizat Zulkifli, berkata acara tersebut tidak bersifat serius, malah menyelitkan hiburan dan adegan lucu.



Selain ceramah, acara bertiket itu memaparkan sketsa dan persembahan nasyid oleh belia.



"Matlamat simposium adalah mengumpulkan belia dan mendengar ceramah kerohanian tapi dalam sekitaran yang menghiburkan. Kami ada persembahan nasyid dan sketsa yang mengandungi pesanan," kata Ustaz Aizat, 27 tahun, yang juga terlibat dalam penganjuran acara itu.



Dalam ceramahnya, Imam Muda Asyraf bercakap tentang ayat yang diulang sebanyak 31 kali dalam Surah Ar-Rahman, yang membawa maksud 'Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?'.



Beliau turut menerangkan tentang dua jenis nikmat, iaitu nikmat mutlak (tidak terikat) dan nikmat muqayyad (terikat).



Ustazah Shameem pula berceramah tentang konsep berkat dan istidraj (pemberian nikmat kepada manusia yang tidak diredai-Nya).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >