SYARIKAT penyedia khidmat dan penghubungan antara perniagaan makanan HFH Networks Pte Ltd tidak setakat menjual pek resipi pelbagai hidangan yang lengkap bahan memasak disukat dan pelbagai jenis manisan.
Syarikat yang menggunakan cogan kata 'Halal first, everything else later (Halal dulu, perkara lain kemudian) itu turut menunjukkan cara memasak dan memberi panduan serta maklumat lain menerusi saluran YouTube mereka, Halal Food Hunt.