GALERI yang memaparkan usaha Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) dalam menangani dan merawat penyakit berjangkit baru dan endemik, termasuk demam denggi, HIV dan batuk kering (TB), sejak 1913 dilancarkan semalam oleh Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat.
Salah satu seksyen galeri itu dikhaskan untuk memaparkan peranan yang dimainkan NCID dalam usaha mengawal pandemik Covid-19 sekarang.
Galeri tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penyakit yang terus mengancam kesihatan awam dan boleh menjejas kesejahteraan warga.