PENGHORMATAN bagi Perdana Menteri Pengasas Encik Lee Kuan Yew terus mencurah daripada setiap lapisan masyarakat berbilang bangsa Singapura.
Pusat Warisan India Muslim Nagore Dargah (NDIMHC) misalnya bergabung tenaga dengan sebuah badan bukan Islam, Singapore Yu Huang Gong, untuk menubuhkan ruang penghormatan mengenang jasa mendiang Encik Lee.