Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Gangguan' ekonomi kemuka cabaran dan peluang

Aug 21, 2016 | 08:35 PM



'GANGGUAN' ekonomi yang dihadapi dunia hari ini membawa kepada kedua-dua cabaran dan peluang, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



Menyedari hal itu, pemerintah katanya akan meneliti cabaran yang dihadapi selain menawarkan peluang yang baru yang wujud hasil daripadanya.



Sebagai contoh, dalam usaha mengimbangi saingan akibat kemunculan khidmat teksi baru seperti 'Grab' dan 'Uber, pemerintah akan mengemaskini syarat sedia ada agar persaingan antara syarikat-syarikat teksi menjadi lebih sihat selain melindungi pengguna.



Di samping itu, pemerintah akan menghendaki semua pemandu, sama ada pemandu teksi, Uber atau Grab, mempunyai perlindungan insuran yang sesuai dan rekod yang bersih.



Untuk syarikat-syarikat tempatan pula katanya, pemerintah menerusi agensi-agensi seperti Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB), agensi keusahawanan seperti Spring Singapore dan IE Singapore serta Penguasa Pembangunan Infokom (IDA) akan bekerja bersama-sama dengan syarikat-syarikat ini menurut sektor perusahaan secara satu persatu, menerusi dewan perniagaan atau persatuan perdagangan, dan membangunkan program khusus untuk membantu syarikat menggunakan teknologi baru dan melabur dalam kemahiran.



"Dalam hal ini, Singapura memerlukan satu strategi menyeluruh yang dapat mengenalpasti perubahan, memberi respons terhadap gangguan yang berterusan, meneruskan pertumbuhan, di samping menjadikan syarikat kita berdaya tahan, mampu mencari cara baru melakukan perniagaan, dan mempersiapkan pekerja kita melakukan pekerjaan yang berbeza, dan pekerjaan baru sepanjang masa mereka bekerja," ujarnya.



Jelas beliau, Jawatankuasa Ekonomi Masa Depan (CFE) yang dipengerusikan Encik Heng Swee Keat dan Encik S Iswaran akan memastikan tiga teras utama:



  • membangun keupayaan baru

  • menggalak keusahawanan, dan

  • membangunkan kemahiran

dapat dicapai dalam usaha negara ini menghadapi sekitaran ekonomi yang lebih mencabar dan 'terganggu'.



"Kita akan membantu syarikat-syarikat membangunkan keupayaan baru, dan ekonomi digital adalah satu bidang yang menjanjikan peluang baik," kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >