Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Gangguan perisian' papar maklumat pelanggan lain pada aplikasi Singtel

Mar 01, 2016 | 12:47 PM



BEBERAPA pelanggan Singtel tidak dapat masuk ke aplikasi mudah alih syarikat telekomunikasi itu pada pagi Selasa (1 Mac), beberapa jam selepas "gangguan perisian" pada Isnin malam membuat pelanggan dapat melihat butir peribadi pelanggan lain melalui app itu.


Sesetengah pengguna Singtel mengirim pos di laman Facebook syarikat itu pada Isnin malam, menyatakan apabila membuka aplikasi My Singtel, daripada melihat akaun mereka sendiri, mereka dimasukkan ke akaun berbeza dan boleh melihat butiran peribadi, seperti nama dan alamat, pelanggan lain.


Aplikasi itu boleh digunakan untuk menyemak dan membayar bil, melihat penggunaan data dan menyambung kontrak atau membeli telefon baru.


"Saya sedar apabila saya log masuk saya melihat akaun orang lain dan bukan akaun saya sendiri. Saya dapat melihat nama dan alamat mereka. Saya rasa ini pelanggaran serius kerahsiaan akaun dan saya mengesyaki akaun saya juga terjejas," kata seorang pengguna Facebook, Wilson Siak.


Dalam satu kenyataan lebih awal, Singtel berkata maklumat peribadi "seorang pelanggan" tersilap diterbitkan pada aplikasi itu.


Ia masih cuba menghubungi pelanggan terjejas, kata seorang jurucakapnya.


Menjawab beberapa komen di laman Facebook mereka, pentadbir Facebook Singtel berkata ini satu insiden terpencil dan keselamatan akaun pelanggan mereka tidak diabai.


Beberapa mesej luar biasa juga dilihat pada maklumat akaun dan halaman bil aplikasi itu, termasuk satu yang menghina Perdana Menteri Lee Hsien Loong.


Isu itu berlarutan ke pagi Selasa. Pelanggan juga melaporkan mereka tidak dapat log masuk ke aplikasi sama asekali, walaupun selepas menetapkan semula kata laluan mereka.


"Bila boleh saya log masuk aplikasi My Singtel saya? Sekarang saya malah tidak dapat menetapkan semula kata laluan saya," kata Ivan Toh dalam Facebook.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >