Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Garis panduan galak bank waspada biayai firma abai sekitaran

Oct 09, 2015 | 08:35 AM



BANK di Singapura telah diberi garis panduan baru bagi menggalak mereka lebih berhati-hati apabila memberi pinjaman kepada syarikat yang mungkin tidak mengendahkan piawaian tadbir urus sekitaran atau korporat.


Rangka kerja itu, yang dikeluarkan Persatuan Bank di Singapura (ABS) pada Khamis (8 Okt), mahu bank menyerlahkan dalam laporan tahunan mulai tahun depan bagaimana mereka merancang menghalang pemberian pinjaman kepada syarikat yang mempunyai amalan tidak bertanggungjawab.


Bank kemudian dikehendaki melaksana peraturan itu menjelang akhir 2017.


Garis panduan ABS menyediakan prinsip umum mengenai apa bank perlu lakukan apabila berurusan dengan syarikat dalam lapan industri, termasuk perhutanan, pertanian, perlombongan dan tenaga.


Bagaimanapun, garis panduan itu tidak menentukan dasar pinjaman sebenar dan tidak menetapkan sebarang denda.


ABS bukan pengawal selia dan tidak akan menetapkan tindakan bank anggotanya, kata Pengarah ABS, Cik Ong-Ang Ai Boon, lapor akhbar The Straits Times pada Jumaat.


Tujuan garis panduan itu ialah menyediakan satu rangka kerja bagi bank membentuk peraturan dalaman sendiri.


Pengumuman ABS datang sedang bank di Singapura kian diteliti berhubung dakwaan bahawa mereka mungkin memberi pembiayaan kepada syarikat yang disyaki menyebabkan kebakaran hutan di Indonesia.


Sementara itu, banyak lagi boleh dilakukan Penguasa Kewangan Singapura (MAS), kata Duta Kelana di Kementerian Hal Ehwal Luar, Profesor Tommy Koh, ketika menyampaikan ceramah berjudul Singapura dan Undang-Undang Antarabangsa: Retrospektif 50 Tahun anjuran Persatuan Undang-Undang Singapura pada Khamis.


"Saya harap MAS akan mewajibkan semua institusi kewangan di Singapura menyertai Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Mapan," kata b eliau, merujuk kepada kumpulan tidak cari untung yang dibentuk untuk membangunkan piawaian sekitaran bagi industri minyak sawit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >