Pakar: Lebih ramai jalani ujian kesihatan, pantau diet dan bersenam
PERALIHAN minda di kalangan masyarakat Melayu bagi mengubah gaya hidup demi kesihatan sudah mula kelihatan. Kesedaran itu sekali gus meletakkan masyarakat di landasan yang betul meskipun perubahan menyeluruh bakal memakan masa.