PARIS: Syarikat Amerika Syarikat General Electric (GE) akan memotong 4,500 pekerjaan di Eropah selepas ia melaksanakan reviu aset yang dibelinya pada 2015 dari Alstom, sebuah syarikat Perancis, kata akhbar Perancis Les Echos.
Les Echos, yang mendakwa mendapat maklumat itu daripada sumber kesatuan sekerja, berkata pekerjaan yang terjejas adalah di Switzerland, Jerman dan Britain.