Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

GE2015: RP perkenal calon bagi West Coast dan Radin Mas

Aug 27, 2015 | 01:06 PM



PARTI Pembaharuan (RP) hari ini (27 Ogos) memperkenal calonnya yang akan bertanding di GRC West Coast dan SMC Radin Mas dalam Pilihan Raya Umum 2015 pada 11 September.


Encik Kumar Appavoo, 46 tahun, akan bertanding di Radin Mas menentang penyandang kerusi, Encik Sam Tan daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP), umum setiausaha agung RP, Encik Kenneth Jeyaretnam, dalam satu sidang media di pusat penjaja di Telok Blangah Drive.


Encik Appavoo, pengarah sebuah syarikat minyak dan gas, bertanding di GRC West Coast pada Pilihan Raya Umum 2011.


Setiausaha agungnya, Encik Kenneth Jeyaretnam, 56 tahun, seorang anggota politik sepenuh masa, akan kembali menerajui pasukan RP di GRC West Coast bersama pengerusi parti, Encik Andy Zhu, 32 tahun, seorang ejen hartanah; Encik Darren Soh, 45 tahun, juga ejen hartanah; dan Cik Noraini Yunus, 47 tahun, seorang eksekutif khidmat pelanggan yang juga bekas anggota Parti Progresif Demokratik (DPP).


Bagaimanapun, Encik Jeyaretnam menegaskan barisan calon akan dimuktamadkan hanya pada Hari Penamaan Calon pada 1 September.


Encik Jeyaretnam berkata partinya sedang menyiapkan manifesto penuh, tetapi beberapa inisiatif yang ia harap dapat ketengahkan termasuk pencen bulanan $500 bagi warga emas berusia lebih 65 tahun dan faedah kanak-kanak sebanyak $300 bagi semua kanak-kanak berusia bawah 16 tahun. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >