Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gegaran dirasai di Singapura dek gempa sekuat 6.5 di Sumatera

Jun 02, 2016 | 10:39 AM



GEGARAN dirasai di sebahagian tempat di Singapura apabila gempa bumi sekuat 6.5 pada skala Richter melanda perairan Sumatera pada Khamis (2 Jun) pagi.



Tiada laporan awal mengenai kecederaan atau kerosakan dan tiada amaran tsunami dikeluarkan.



Gempa bumi itu berpusat di kira-kira 155 kilometer ke selatan bandar pelabuhan Padang pada kedalaman kira-kira 50 kilometer.



Pada mulanya ia dilaporkan sekuat 6.2.



Gempa itu berlaku pada 5.56 pagi waktu tempatan. Ramai orang di Padang terjaga daripada tidur disebabkannya dan melarikan diri keluar dari rumah mereka.



"Gegaran itu kuat dan rumah saya bergegar, jadi saya berlari ke bilik tidur anak-anak saya untuk mengejut mereka dan kami berlari keluar dari rumah," kata seorang penduduk Padang, Cik Ade Nelvi.



Bekalan elektrik terpotong di beberapa tempat selepas gempa bumi itu tetapi dipulihkan semula tidak lama kemudian, dan orang ramai tidak diarah meninggalkan rumah mereka.



Seorang pegawai kanan daripada Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia berkata gempa itu tidak berpotensi menyebabkan tsunami.



"Setakat ini kami belum menerima sebarang laporan kerosakan," katanya.



Di Singapura, orang ramai berkata mereka merasai gegaran hingga satu minit.



Cik Jamilah Ismail, yang tinggal di tingkat 25 di Marine Crescent, berkata: "Saya sedang membaca surat khabar apabila saya berasa pening, dan kemudian menyedari pintu bilik tidur saya yang terbuka bergegar.



"Wayar yang tergantung dari kipas siling juga bergoyang."



Penjawat awam W. Ong, yang tinggal di Sengkang, berkata beliau sedang bangun dari katil apabila berasa ia bergerak.



"Ini berlaku sejurus sebelum 7 pagi. Ia berlaku beberapa kali tetapi gegarannya tidak sekuat yang pertama."



Seorang lagi penduduk Sengkang, Encik Krish Srikanth, berkata: "Saya berasa seolah-olah kepala saya berpusing. Meja bergegar beberapa saat. Ahli lain keluarga saya juga merasakannya."



Jurucakap Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia tidak menerima sebarang panggilan meminta bantuan segera. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >