Gempa di Sabah: Anggota keluarga murid yang hilang terbang ke Kota Kinabalu

ANGGOTA keluarga sekumpulan murid dan guru yang dilaporkan hilang di Sabah telah terbang ke Kota Kinabalu menaiki pesawaf RSAF C-130.

Mereka berangkat pagi tadi dengan sebuah pasukan kaunselor dan para pegawai polis, SCDF dan Kementerian Pengangkutan (MOT), kata jurucakap Kementerian Pendidikan (MOE).

Sekumpulan 29 murid dan lapan guru dari Sekolah Rendah Tanjong Katong itu berada di Sabah bagi satu program pembelajaran luar negara.

Namun, lapan murid dan dua masih belum dapat dihubungi.

Pihak berkuasa Malaysia berkata malam semalam bahawa seorang budak perempuan warga Singapura berusia 12 tahun terkorban di Gunung Kinabalu selepas gempa bumi sekuat 6.0 magnitud melanda Sabah.

Pihak berkuasa Singapura masih belum mengesahkan kematian tersebut.

Jurucakap MOE juga berkata pihaknya sedang mengaturkan rancangan untuk membawa pulang para murid dan guru sekolah tersebut.

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 56
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.