Gempa di Sabah: Bapa rayu anaknya diberi belas kasihan

BAPA kepada wanita British yang ditangkap di Sabah kerana berbogel semasa berada di puncak Gunung Kinabalu merayu agar anaknya, Eleanor Hawkins, 24 tahun, diberi belas kasihan.

"Beliau agak takut dan kecewa," kata Encik Timothy Hawkins, yang ditukil akhbar British The Telegraph, hari ini, Khamis.

Encik Hawkins, yang memiliki perniagaan kejuruteraan mekanikal di Draycott, Derbyshire, berkata: "Kami sangat berharap mereka tidak cuba menjadikannya contoh."

Cik Hawkins dilaporkan sedang mengadakan lawatan ke Asia Tenggara apabila dia ditangkap di lapangan terbang Tawau sebelum menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada lawatan lanjutnya di rantau ini, selepas dia tamat pengajian di Universiti Southampton dalam jurusan kejuruteraan penerbangan.

Pada 30 Mei lalu, sekumpulan pelancong dikatakan telah menanggalkan pakaian mereka dan kencing di puncak gunung tersebut sebelum mengambil gambar yang kemudian menjadi viral di media sosial.

Waktu Solat

Subuh
5:52
Syuruk
7:14
Zuhur
1:17
Asar
4:40
Maghrib
7:18
Isyak
8:31
3 HR PSI: 42
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.