Gempa Sabah: Mayat 5 murid, 1 guru Sekolah Rendah Tanjong Katong dikenalpasti

MAYAT lima lagi murid dan seorang guru Sekolah Rendah Tanjong Katong telah dikenalpasti, menurut Kementerian Pendidikan (MOE).

Berikut kenyataan penuh MOE:

Kami amat berduka cita memaklumkan mayat yang ditemui pihak berkuasa Malaysia telah dikenalpasti anggote keluarga sebagai lima murid dan seorang guru daripada Sekolah Rendah Tanjong Katong. Mereka adalah:

1. Ameer Ryyan bin Mohd Adeed Sanjay

2. Emilie Giovanna Ramu

3. Loo Jian Liang Terrence Sebastian (Guru)

4. Matahom Karyl Mitzi Higuit

5. Rachel Ho Yann Shiuan

6. Sonia Jhala

Seorang pemandu kembara warga Singapura, Muhammad Daanish bin Amran, yang menemani murid-murid juga telah dikenalpasti.

Operasi sedang diteruskan untuk mencari seorang lagi murid Navdeep Singh Jaryal S/O Raj Kumar, dan seorang guru Mohammad Ghazi Bin Mohamed.

MOE dan lain-lain pegawai pemerintah kini di Kota Kinabalu dan sedang menyediakan bantuan untuk menyokong keluarga yang terjejas dalam masa-masa sukar ini.

Perancangan kini sedang dilakukan untuk membawa anggota keluarga dan mayat murid serta guru itu pulang ke Singapura secepat mungkin.

 

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 72
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.