Gempa Sabah: Mereka yang terlibat akan diberikan pengiktirafan di Sukan SEA

Menteri Sosial dan Pembangunan Keluarga Tan Chuan-Jin berkata mereka yang terjejas oleh gempa bumi baru-baru ini di Sabah akan diberi "pengiktirafan yang bermakna" di Sukan SEA yang sedang berlangsung di Singapura dari 5 hingga 16 Jun.

Encik Tan, juga selaku Presiden Majlis Olimpik Nasional Singapura, telah menulis di laman Facebook beliau pada hari Ahad dan menyatakan bahawa "walaupun kami menyokong ahli-ahli sukan kami, saya tetap memikirkan tentang mereka yang terjejas oleh gempa bumi di Kinabalu."

Tambahnya, beberapa ahli psikologi daripada Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga berada di Sabah untuk memberi sokongan kepada keluarga yang terjejas.

"Kesemuanya sedang melakukan apa yang mereka mampu. Sebagai seorang bapa, saya tidak dapat menduga bagaimana perasaan saya jika ia berlaku kepada saya," katanya.

Beliau juga menggesa orang ramai untuk "berdoa untuk mereka dan untuk berhimpun sebagai sebuah negara untuk memberikan mereka sokongan moral. Dan juga untuk memberikan ruang kepada mereka."

Beliau mengakhiri nota di Facebook dengan menyatakan bahawa pengumuman mengenai penghormatan tersebut akan dibuat.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 23
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.