Gemuk punca utama sakit sendi lutut

MASALAH kegemukan dan kehidupan yang tidak aktif di kalangan golongan pertengahan umur dan warga tua merupakan punca utama menyebabkan meningkatnya sakit sendi lutut atau osteoartritis.

Justeru, golongan tersebut diingatkan supaya rajin bersenam dan mengamalkan pemakanan sihat untuk mencegah penyakit itu.

Itulah antara pesan ahli fisioterapi kanan, Encik Ahmad Zaki Hairodin, daripada Hospital Tan Tock Seng (TTSH).

Encik Zaki merupakan antara penceramah di seminar kesihatan anjuran Berita Harian dengan kerjasama TTSH - Sihat Banyak Untungnya - yang diadakan di Auditorium Singapore Press Holdings (SPH) di Toa Payoh North, pagi tadi.

Penceramah-penceramah lain dalam seminar yang dihadiri melebihi 250 peserta ialah konsultan klinik gigi TTSH, Dr Chung Tze Onn; konsultan Jabatan Otorinolaringologi (Telinga, Hidung dan tekak) TTSH, Dr Ho Eu Chin; dan konsultan Jabatan Ortopedik TTSH, Penolong Profesor Adjung Hitendra K. Doshi.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 43
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.