Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Generasi muda digesa berani pacu teknologi

Masagos beri pelbagai contoh bagaimana jurutera sumbang kepada pembangunan
Jul 13, 2017 | 05:30 AM



DARIPADA bimbang terhadap kehilangan pekerjaan dan penularan penggunaan robot, generasi hari ini boleh menjadi pemimpin masa depan dalam memacu kemajuan teknologi.



Ini bagi membolehkan mereka membangunkan cara baru dan terbaik untuk membuat perubahan di samping mencari huraian inovatif demi manfaat bandar, masyarakat dan penduduk.



Demikian ditekankan oleh Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli Masagos Mohamad semasa berucap di majlis konvokesyen Fakulti Kejuruteraan Universiti Nasional Singapura (NUS) di Pusat Kebudayaan Universiti NUS, semalam.



Menurutnya, sebagai siswazah jurutera, golongan itu berada pada kedudukan yang baik dalam evolusi teknologi selain menghargai trend teknologi.



"Usah gentar kerana sebagai jurutera, anda mempunyai kemahiran yang lengkap untuk menyesuaikan diri," nasihatnya.



Encik Masagos, yang turut mempunyai latar belakang dalam jurusan kejuruteraan, turut mengongsi pengalaman kerjayanya bersama syarikat Singtel selama 18 tahun.



"Menyingkap kembali, latihan kukuh yang saya terima dalam bidang kejuruteraan telah membolehkan saya mempunyai kerjaya dalam industri yang pesat berubah ekoran teknologi," kongsinya.



Dalam pada itu, beliau turut memberi pelbagai contoh bagaimana jurutera telah menyumbang kepada pembangunan Singapura, terutama yang berkaitan dengan sekitaran.



Semasa pembangunan awal Singapura, kata Encik Masagos, jurutera telah memainkan peranan penting dalam memastikan negara ini terus membangun secara mampan.



Jurutera juga, tambahnya, telah banyak menyumbang kepada kelestarian air dan ini dapat dilihat dengan adanya empat takungan air, air yang diimport, AirBaru dan penyulingan air.



"Dari dulu hingga sekarang, sektor kejuruteraan sering menangani cabaran, menawarkan huraian kepada masalah, mengubah imaginasi menjadi realiti dan mengubah kehidupan.



"Peranan jurutera pada masa depan tiada bezanya, tidak kira trend dan bagaimana pembangunan masyarakat," ujarnya lagi.



Di samping itu, Encik Masagos turut menggesa pelajar supaya meneruskan usaha pembelajaran sepanjang hayat agar dapat terus memperkenal inovasi dan memperbaiki kehidupan masyarakat.



Lebih 10,000 siswazah telah menerima ijazah mereka sepanjang lapan hari berlangsungnya majlis konvokesyen NUS yang berakhir hari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >