Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Generasi Perintis yang mahu terus aktif bekerja

Feb 24, 2015 | 05:30 AM



SELEPAS 14 tahun bersara, Encik Salleh Suann, 74 tahun, mengambil langkah unik untuk 'berhenti' daripada persaraan dan kembali bekerja.


Selalunya, generasi perintis seperti beliau akan lebih gembira bersara daripada bekerja.


Ini tidak berlaku kepada Encik Salleh kerana beliau mudah rasa lesu dan bosan selama tempoh persaraan beliau.


"Selama 14 tahun saya bersara, saya tidak suka duduk rumah dan tidak buat apa-apa.


"Saya akan rasa bosan dan badan saya akan jadi lemah," kata beliau sambil tersenyum.


Untuk kekal aktif, beliau sering menghantar cucunya ke sekolah dan membuat kerja rumah.


Bapa empat anak itu membuat keputusan kembali bekerja tahun lepas walaupun anak-anak tidak mahu beliau bekerja.


Encik Salleh kini bekerja sebagai seorang pekerja pembersihan di University Town.


"Ini kehendak saya dan saya ingin bekerja walaupun anak-anak tidak setuju dengan keputusan saya," ujar beliau.


Namun, keputusan itu hampir menjadi keputusan yang salah.


Pada mulanya, bekas pengendali teleprinter di Reuters itu mengambil kerja sebagai pekerja pembersihan di sebuah estet kondominium dan hanya mampu bertahan selama dua bulan sahaja.


Azam Encik Salleh mahu bekerja menjadi kenyataan apabila syarikat YS Yong menawarkan beliau bekerja di University Town tahun lepas.


Dari situ, Encik Salleh membanting tulang walaupun usianya sudah mencapai tujuh dekad.


Beliau amat gembira dengan kerjayanya sekarang dan menganggap kerja beliau sebagai satu senaman.


"Tiap-tiap hari saya rasa seperti saya sedang bersenam.


"Ini juga dapat membantu saya, lebih-lebih lagi dalam usia saya yang sudah tua," kata beliau.


Encik Salleh menyifatkan sikap aktif beliau menjadi sumber motivasi menjalankan tugas lasak harian.


Pada masa lapangnya sewaktu muda, Encik Salleh sering bersukan seperti bermain bola dan sepak takraw.


Di samping mengisi masa, beliau bekerja untuk mencari nafkah sendiri dan membantu isterinya, Cik Noraini Aksan, 63 tahun, yang menghidap sakit jantung.


"Saya bekerja untuk mendapat wang lebih bagi diri saya dan memberi kepada isteri saya yang sakit," ujarnya.


Encik Salleh dan isteri tinggal bersama keluarga anak sulungnya di flat empat bilik di Jelapang Road.


Beliau juga bertekad membantu keluarga anaknya jika mereka memerlukan wang.


"Saya juga ingin membantu keluarga di rumah saya kerana mereka juga menghadapi masalah," ujar beliau.


Selepas setahun bekerja di University Town, beliau juga mengajak kawan beliau agar saling bekerja bersama.


"Saya mengajak rakan saya bekerja supaya mereka juga dapat nafkah dan terus hidup aktif dalam usia tua," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >