KALI pertama beliau memegang kamera video semasa kelas penerbitan video di Institut Pembangunan Pengurusan Singapura (MDIS) hampir tiga tahun lalu, Encik Basil Iskandar Mirza berasa kekok.
Apakan tidak, sedang teman-temannya dapat 'bermain-main' dengan kamera itu menggunakan kedua-dua belah tangan mereka, Encik Basil, 20 tahun, hanya boleh menggunakan tangan kanannya.