KELAB Heal akan menyertai gerai bazar Berita Harian (BH) di hadapan Pasar Geylang Serai menjual barangan kraf yang dibuat sendiri oleh anggota daripada kelab tersebut.
Barangan seperti kad kuilan (quilling card), barangan gelas yang dicat, gubahan bunga, kunci, bingkai gambar, beg batik kecil dan beberapa barang lain akan dijual di gerai bazar kelolaan BH.