PERDANA Menteri Lee Hsien Loong berkata rangkaian akar umbi di Singapura telah berkembang menjadi aset nasional yang utama sejak lima dekad lalu. Malah, ia perlu diperkukuh selepas SG50.
Sejajar itu, satu siri perbincangan meliputi pemimpin akar umbi dan rakyat Singapura akan diadakan bagi mengongsi harapan dan aspirasi mereka membangunkan masa hadapan Singapura.