SETIAP keluarga warga Singapura yang membeli flat jual semula berdekatan atau bersama orang tua; atau anak yang telah berumah tangga, kini layak menerima geran $20,000; termasuk kumpulan yang pernah menerima subsidi perumahan dan tanpa mengambil kira gaji.
Had gaji bagi membeli flat HDB dan kondominium eksekutif (EC), masing-masing, juga telah dinaikkan daripada $10,000 kepada $12,000 dan $12,000 kepada $14,000 bermula semalam.