Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Geran baru, pinjaman HDB kedua dan flat fleksi mungkin disediakan skim baru bagi bantu penyewa miliki flat

Dec 15, 2015 | 12:36 PM



SATU skim baru bagi membantu keluarga yang menyewa flat sewa awam memiliki rumah sendiri sekali lagi, mungkin membolehkan golongan pembeli flat kali kedua ini mendapat pinjaman pada kadar konsesi daripada Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).


Ia juga mungkin memberi mereka pilihan membeli flat fleksi dua bilik dengan tempoh pajakan lebih pendek, yang kini hanya dibuka kepada pembeli tua.


Dan walaupun Skim Perumahan Permulaan Baru (FSHS) itu akan termasuk geran baru, ia mungkin diberi secara beransur-ansur dari masa ke masa, tertakluk pada syarat, sebagai satu cara untuk memberi motivasi kepada pemilik rumah baru.


Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong, berkongsi idea terkini bagi skim itu dalam satu pos blog pada Selasa (15 Disember).


Kementerian Pembangunan Negara (MND) dan HDB sedang mengumpul pandangan mengenai skim itu menerusi dialog awam.


Satu kumpulan yang sedang didapatkan pandangan ialah bekas pemilik flat yang kini tinggal di flat sewa awam.


"Kebanyakan mereka berkata mereka mahu memiliki flat lagi agar anak-anak mereka dapat membesar di dalamnya, tetapi tidak berupaya mendapat pinjaman gadai janji. Ada juga berkata sukar untuk mereka membayar levi jualan semula secara tunai," kata Encik Wong.


FSHS akan membantu mereka dengan menyediakana Geran Perumahan Permulaan Baru, bagi mengurangkan jumlah yang mereka perlu bayar untuk flat baru mereka.


"Kedua, kita boleh menimbangkan menyediakan mereka pinjaman berkonsesi HDB sekali lagi," ujarnya.


Ketiga, HDB akan meninjau menawarkan flat fleksi dua bilik dengan tempok pajakan lebih pendek, yang harganya lebih rendah, di bawah skim Permulaan Baru.


Mereka mungkin disyaratkan tinggal di flat itu untuk jangka masa lebih lama - dikenali sebagai tempoh pendudukan minimum - sebelum dibenarkan menjualnya semula.


"Walaupun saya faham sesetengah keluarga yang lebih besar mungkin lebih suka membeli flat lebih besar, adalah lebih baik mendapatkan sebuah flat dahulu dan kemudian berpindah ke flat lebih besar apabila mereka mampu berbuat demikian," kata Encik Wong.


Walaupun saiz flat fleksi dua bilik sama dengan flat sewa awam, "perbezaan besarnya" ialah ia akan menjadi flat yang mereka beliau dan akhirnya menjadi rumah mereka sendiri," ujarnya.


Satu cadangan daripada pekerja sosial yang sidang ditimbangkan HDB ialah geran perumahan di bawah skim itu tidak diagih selepuk, sebaliknya dalam beberapa jumlah dari masa ke masa, tertakluk pada syarat-syarat yang mesti dipenuhi.


Orang ramai boleh mengemuka saranan bagi skim itu ke feedback@mnd.gov.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >