GERAN baru khusus bagi pemegang Biasiswa Industri Singapura (SgIS) bidang sumber manusia (HR) telah dilancar. Geran tersebut membolehkan penerima mempertingkat kepakaran HR selepas tamat pengajian, kata Kementerian Pendidikan semalam.
Usaha itu diperkenal sedang Singapura menuju ke arah ekonomi kurang bergantung pada tenaga manusia, yang menuntut syarikat mempertingkat usaha mencari dan mengekalkan bakat.