Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gesaan agar kawal diri dalam isu Laut China Selatan

Nov 23, 2015 | 08:45 AM



KUALA LUMPUR: Para pemimpin yang menghadiri Sidang Puncak Asia Timur (EAS) pada Ahad (22 Nov) menekankan peri perlu semua negara menangani pertikaian wilayah di Laut China Selatan dengan cara yang tidak meningkatkan bahang di rantau ini.


Mereka termasuk Perdana Menteri Lee Hsien Loong, yang berkata Singapura - sebagai negara penyelaras hubungan Asean-China - menggesa semua pihak mematuhi prinsip penyelesaian damai pertikaian dan keutamaan undang-undang antarabangsa, termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut.


Beliau juga menggesa semua pihak supaya "mengawal diri sepenuhnya, menahan diri daripada tindakan provokatif atau penggunaan kekerasan, dan komited kepada langkah pencegahan kemalangan dan tidak menenterakan tapak tanah di Laut China Selatan", lapor akhbar The Straits Times pada Isnin.


Kerja penambakan Beijing baru-baru ini berhampiran Kepulauan Spratly, yang ada bahagiannya dituntut juga oleh empat negara Asean - Brunei, Malaysia, Filipina dan Vietnam - dan pembinaan landasan pada salah satu daripada pulau buatannya, membuat beberapa pemimpin menyatakan kebimbangan bahawa kerja itu akan mengubah status quo.


Bagaimanapun, dalam lawatan ke Amerika Syarikat pada September, Presiden China, Encik Xi Jinping, membuat komitmen tidak akan menenterakan tapak tanah di Laut China Selatan.


Dan semasa lawatan negara ke Singapura awal bulan ini, beliau berkata China akan menghormati dan mempertahan kebebasan pelayaran di Laut China Selatan dan ruang udara di atasnya.


Encik Lee berkata dalam pertamuan EAS itu bahawa beliau mengalu-alukan dua kenyataan tersebut.


"Semua ini ialah ideals yang semua peserta perlu akur. Melalui perbincangan dan pelibatan, kita harus dapat menanggani pekara-perkara itu supaya ia boleh diterjemahkan kepada kesan praktikal di lapangan," katanya.


Keamanan dan kestabilan serantau bergantung bagaimana permusuhna yang boleh terjadi diurus, katanya.


Dalam kenyataan berasingan, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, memberitahu pemberita terdapat kata sepakat dalam kalangan ahli EAS bahawa Laut China Selatan perlu ditangani dengan cara yang tidak meningkatkan ketegangan di rantau ini.


"Semua negara bersetuju tidak harus ada sebarang gangguan ke atas kebebasan pelayaran dan penerbangan. China juga secara mutlak telah menyatakan dalam mesyuarat itu bahawa ia komited kepada keselamatan dan kebebasan pelayaran dan penerbangan," kata beliau.


Pemimpin EAS juga bersetuju untuk meningkatkan kerjasama maritim.


EAS dibentuk 10 tahun lalu di Kuala Lumpur sebagai platform bagi Asean dan rakan kongsi utamanya membincangkan isu-isu strategik, dalam usaha mengukuhkan kedudukan serantau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >