SELEPAS hilang tempat bergantung berikutan perceraiannya lima tahun lalu, Cik Nur (bukan nama sebenar) terpaksa menghadapi cabaran membesarkan empat anaknya yang masih bersekolah seorang diri.
Namun, beliau hanya mula berusaha mendapatkan bantuan daripada badan khidmat sosial dengan lebih giat sejak dua tahun lalu selepas bekas suaminya berhenti membayar nafkah kepadanya.