Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Golongan kurang upaya boleh harap bantuan daripada Belanjawan 2017: Indranee

Feb 07, 2017 | 02:55 PM



WARGA kurang upaya Singapura boleh menjangkakan bantuan daripada Belanjawan tahun ini, di samping warga warga tua dan keluarga muda.



Ini dinyatakan Cik Indranee Rajah, Menteri Negara Kanan (Kewangan merangkap Undang-Undang), semasa lawatan ke Enabling Village, sebuah ruang masyarakat bagi orang kurang upaya membeli-belah, makan, mendapatkan perkhidmatan dan menyertai sesi latihan.



Apabila ditanya apakah Belanjawan akan membantu mereka yang kurang upaya dalam pendidikan, integrasi atau pekerjaan, Cik Indranee berkata: "Saya tidak boleh menyatakan banyak mengenai perkara ini, tetapi mesejnya sememangnya ialah jika anda kurang upaya, ia tidak bermakna anda tidak dapat menyumbang dan menjadi sebahagian daripada masyarakat yang berfungsi sepenuhnya.



"Oleh itu, latihan boleh menjadi sebahagian daripadanya, membantu mereka mengintegrasi adalah satu lagi bahagian, tetapi mendapatkan orang ramai supaya mengambil bahagian - majikan, orang yang boleh mengambil mereka, memberi pekerjaan - adalah penting juga."



Orang kurang upaya membentuk hanya 0.55 peratus daripada tenaga kerja yang bermastautin di Singapura. Tetapi 3.4 peratus daripada penduduk berumur 18-49 di sini mempunyai kecacatan.



Cik Indranee berkata mungkin terdapat "jumlah besar yang mungkin tidak (bekerja) tetapi berpotensi bekerja, dan itulah sebabnya kita mempunyai tempat seperti Enabling Village yang dapat membantu mereka membuat peralihan itu".



"Matlamat dan tujuan utama ialah sesiapa sahaja yang kurang upaya tetapi dapat mengambil bahagian secara produktif dalam satu bentuk atau lain, akan dapat mempunyai peluang untuk berbuat demikian," katanya.



Untuk itu, masyarakat perlu mempunyai "minda betul" dan mesti ada kerjasama antara pemerintah, benefisiari dan majikan, katanya.



"Bagi orang kurang upaya, mereka perlu berusaha menjalani latihan, belajar. Anda mahu mereka bekerja, jadi majikan perlu berusaha juga untuk memahami bahawa apabila anda mengambil seseorang kurang upaya, mereka mungkin mempunyai keperluan tertentu tetapi mereka juga sebahagian daripada masyarakat kita.



Pada 2015, $4 juta diperuntuk bagi menyediakan pengangkutan untuk orang kurang upaya dan pada 2014, $56 juta diberi bagi membantu 50,000 kanak-kanak istimewa dan orang kurang upaya bagi campur tangan awal dan subsidi pengangkutan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >