Golongan muda fokus kempen keselamatan jalan raya

BULAN Keselamatan Jalan Raya 2016 dilancarkan oleh pada Rabu (25 Mei) dengan fokus yang sama seperti tahun lalu: mendidik golongan muda mengenai keselamatan jalan raya di samping menyemai dalam diri mereka amalan sesuai.

Kempan yang memasuki tahun keempat itu dianjurkan Majlis Keselamatan Jalan Raya Singapura (SRSC) dan Polis Trafik.

Tahun lalu, 282 kanak-kanak cedera dalam kemalangan jalan raya dan seorang kanak-kanak kehilangan nyawanya.

Pada majlis pelancaran kempen tahun ini, Program Keselamatan Jalan Raya 'Berhenti, Lihat, Lambai' dilancarkan. Ia kerjasama antara SRSC dan Volvo Trucks.

Program itu merangkumi teori bilik darjah dan sesi praktikal di kawasan pameran Volvo Truck. Kanak-kanak yang menyertainya akan belajar tentang kepentingan dan asas-asas keselamatan jalan raya, titik buta kenderaan berat, dan langkah-langkah keselamatan yang mereka boleh amalkan.

Kempen tahun ini juga termasuk program perintis Program Berbasikal Secara Selamat oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan majlis itu.

Ia menggalak menunggang basikal secara selamat dan bertanggungjawab.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 23
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.