Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KES TIPU MELALUI TELEFON

Golongan tak faham Mandarin kurang terdedah pada risiko

Jun 11, 2016 | 05:30 AM



WALAUPUN terdapat trend kes penipuan baru di sini melibatkan pihak yang menyamar sebagai pegawai luar negara menipu mangsa agar mengirimkan wang, golongan yang tidak faham atau tidak bertutur dalam bahasa Mandarin mengalami kurang risiko terpedaya dengan helah tersebut.



Ini kerana pemanggil dalam kes sedemikian bertutur dalam bahasa Mandarin dengan loghat yang pekat.



Meskipun demikian, Ketua Cawangan Dasar dan Operasi Jenayah Kewangan di Jabatan Ehwal Komersial (CAD), Cik Yolanda Yu, menarik perhatian bahawa kesalinghubungan Singapura dengan dunia luar kini bermakna warga setempat menjadi sasaran bukan sahaja penjenayah setempat, malah dari luar negara juga.



"Kita harus lebih berhati-hati dan berwaspada bukan sahaja terhadap (penjenayah) Singapura, malah dari seluruh dunia," ujar beliau.



Menurut Cik Yu, mangsa akan menerima panggilan daripada pihak yang mendakwa dirinya daripada syarikat kiriman.



Mereka kemudian dipindahkan ke talian di mana mereka akan bercakap dengan individu yang mendakwa dirinya pegawai pemerintah China dan sebagainya.



'Pegawai' itu akan memberitahu bahawa identiti mangsa telah digunakan dalam penghantaran bungkusan yang mengandungi barangan terlarang.



Oleh itu bagi mengelak masalah dengan pihak berkuasa, mangsa 'harus' memindahkan wang.



Namun menurut Cik Yu, terdapat sedikit perubahan dalam modus operandi penipu-penipu itu baru-baru ini.



Kini mereka menyamar sebagai pegawai Pasukan Polis Singapura (SPF), namun tetap bertutur dalam bahasa Mandarin dengan loghat yang pekat.



Sejak Mac lalu, sekurang-kurangnya 50 orang telah menjadi mangsa kes penipuan itu, melibatkan sekitar $4 juta.



"Ini jumlah yang besar bagi tempoh yang pendek sejak lewat Mac, dengan salah satu kes melibatkan mangsa kehilangan $2.3 juta.



"Kami menasihatkan orang ramai agar mengesahkan ketulenan panggilan itu dengan menghubungi semula nombor yang menelefon mereka.



"Terdapat teknologi sekarang yang membolehkan nombor telefon itu kelihatan seperti nombor setempat, tapi sebenarnya kita tidak tahu asalnya," katanya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >