Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Golongan warga emas harus terlibat dalam program penuaan aktif

Jul 14, 2023 | 04:48 PM



Adalah mustahak bagi golongan warga emas sentiasa terlibat dalam program penuaan aktif yang bukan sahaja membantu mengurangkan risiko kesihatan tetapi memastikan mereka tidak terasing daripada masyarakat, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang) Cik Rahayu Mahzam.

“Sukan mempunyai kuasa yang luar biasa untuk menyatukan orang ramai dan memupuk rasa setiakawan. Kami juga tahu bahawa bersenam secara kerap mengurangkan risiko kesihatan, meningkatkan kesihatan mental, malah boleh membantu melegakan tekanan. Kepentingan untuk kekal aktif, dan seterusnya, memupuk kesejahteraan fizikal dan mental kita tidak cukup ditekankan,” katanya semasa berucap di acara sukan warga emas AWWA 2023 di ITE College Central.

Dinamakan ‘Silver Sports Day’, ia dianjurkan oleh AWWA dan ITE College Central sebagai sebahagian daripada usaha mereka memastikan warga emas sentiasa aktif di samping menggalakkan jalinan lebih baik ntara golongan muda dan warga emas.

Selain itu, Pusat Penuaan Aktif AWWA (AAC) di Ang Mo Kio juga menawarkan pelbagai program seperti senaman fizikal dan sesi permainan untuk warga emas, yang memperkasakan mereka untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan kekal berhubung secara sosial.

Permintaan bagi pusat penuaan aktif di Singapura dijangka berkembang pesat, berikutan lonjakan bilangan warga emas yang mendapatkan sokongan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Program seperti “Hidup Dengan Baik, Usia Dengan Baik” oleh Lembaga Pengalakkan Kesihatan (HPB) dan Persatuan Rakyat (PA) tersedia di lokasi di seluruh negara, termasuk di AAC dan Kelab Komuniti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >