Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Google Doodle beri penghormatan pada Zubir Said

Jul 22, 2014 | 05:31 PM



GOOGLE doodle memberi penghormatan kepada seorang ikon musik Singapura, komposer Allahyarham Zubir Said, yang dikenali ramai sebagai pengarang Lagu Kebangsaan Singapura.


Ini bagi meraikan hari jadinya yang jatuh pada hari ini.


Allahyarham dilahirkan pada 22 Julai 1907 - 107 tahun yang lalu - di Bukit Tinggi, Minangkabau, Sumatra Tengah.


Para pelungsur Internet yang menekan doodle akan ditujukan ke halaman yang menunjukkan hasil carian berkaitan dengan ahli muzik terkenal itu.


Google doodle tidak kelihatan di laman khusus negara seperti di Rusia atau Denmark, tetapi ia muncul di laman web global Google.com.


Namun, ini bukan pertama kali Google mempunyai doodle bertemakan Singapura.


Sebelum ini terdapat doodle yang khususkan untuk Hari Kebangsaan Singapura dan Pesta Seni Singapura.


Allahyarham Zubir diminta untuk mengarangkan lagu oleh Encik Ong Eng Guan, Datuk Bandar Singapura, untuk acara pembukaan semula Panggung Teater Victoria pada 1958.


Pada 1959, Singapura mencapai pemerintahan sendiri dan lagu Allahyarham Zubir, Majulah Singapura, dipilih sebagai Lagu Kebangsaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >