APLIKASI Grab telah melancarkan kempen paling agresif terhadap pesaingnya di Singapura.
Dalam satu mesej yang disasarkan kepada pemandu teksi ComfortDelGro kelmarin, Grab menyatakan bahawa ia akan memberi diskaun sewa melebihi 40 peratus kepada mereka yang sanggup bertukar kepada syarikat teksi lain - yang semuanya kini menggunakan platform Grab itu.