Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Graduan cemerlang SMU berjiwa masyarakat, tabah atasi cabaran

Jul 11, 2017 | 07:44 PM



SELAMA dua minggu, Encik Muhammad Hafiz Kasman dan rakan-rakannya meluangkan masa melakukan kerja kemasyarakatan dengan mengongsi kemahiran perusahaan bersama belia di sana.



Namun, apa yang meninggalkan kesan mendalam pada dirinya adalah melihat keazaman dan kemahuan belia itu mahu menimba ilmu.



“Saya mendapat inspirasi daripada kesungguhan pelajar itu untuk belajar meskipun mereka berdepan dengan cabaran. Misalnya, segelintir pelajar perlu berjalan melalui kawasan berbukit daripada rumah mereka ke sekolah selama dua jam setiap hari!” kata penuntut berusia 24 tahun itu.



Hari ini, penuntut Universiti Pengurusan Singapura (SMU) itu antara yang menerima Anugerah Circle di majlis pembukaan upacara konvensyen universiti itu.



Anugerah itu diberi kepada penuntut yang menerapkan nilai-nilai komitmen, kewibawaan, tanggungjawab, hubungan baik antara rakan (collegiality), kepimpinan dan kecemerlangan.



Encik Hafiz juga antara siswazah terbaik tahun ini dengan meraih kepujian tertinggi SMU – Summa Cum Laude bagi Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dengan pengkhususan dalam kewangan.



Seorang lagi pelajar SMU cemerlang yang akan meraih ijazah sarjana mudanya tahun ini ialah Cik Amalina Abdul Nasir, 23 tahun.



Beliau yang memiliki pengkhususan dalam Sosiologi dan Perhubungan Korporat, berkata sebagai bekas pelajar Madrasah Al-Maarif, memang agak sukar untuknya menyesuaikan diri dengan pengajian di sebuah instituisi sekular.



“Meskipun sukar, saya tetap gigih berusaha untuk menyesuaikan diri dengan corak pembelajaran di SMU. Ada kalanya saya belajar di perpustakaan universiti sehingga satu pagi,” katanya.



Lebih 2,700 penuntut dari kelas 2017 universiti itu akan meraih ijazah mereka dari sehingga Jumaat ini. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >