TUMPUAN GRC Tanjong Pagar bukanlah terhadap 'pada siapa yang datang' (bertanding), tetapi bekerja setiap hari supaya penduduk boleh melihat siapa yang ikhlas berkhidmat kepada penduduk, kata Anggota Parlimen GRC Tanjong Pagar, yang juga Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Encik Chan Chun Sing.
"Tumpuan kami adalah melakukan kerja secara konsisten dan menjaga penduduk. Salah mengatakan bahawa saya mahu datang ke Tanjong Pagar kerana mahu melihat pertembungan. Ini tidak adil kepada penduduk," kata Encik Chan kepada media ketika beliau bertemu penduduk kawasannya.