Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

GSK buka kemudahan di S'pura bagi hasil ubat barah

Nov 19, 2022 | 05:30 AM



SYARIKAT GSK secara rasmi membuka kemudahan pengilangan dan ujian berpotensi tinggi yang pertama di Singapura kelmarin.



Kemudahan itu mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan komponen berpotensi tinggi bagi rawatan barah.



Terletak di Jurong, kemudahan itu bernilai $44 juta. Ia juga yang pertama di Singapura untuk mengukuhkan keupayaan memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi rawatan onkologi di seluruh dunia.



GSK mempunyai 36 tapak pengilangan di peringkat global, dengan tiga terletak di Singapura.



Pada masa ini, kemudahan ini digunakan untuk menghasilkan bahan utama - agen sitotoksik dalam ubat antibodi conjugates (ADC) - untuk merawat barah darah yang dipanggil multiple myeloma.



Ini adalah sejenis barah sumsum tulang yang menjejas beberapa bahagian tubuh, seperti tulang belakang dan tengkorak.



Agen sitotoksik merupakan satu daripada tiga komponen yang diperlukan dalam pembuatan ADC - salah satu perubatan yang disasarkan dalam rawatan barah. Tidak seperti kemoterapi, ADC menyasarkan dan membunuh sel-sel tumor sambil mengekalkan sel-sel yang sihat.



Hanya dua atau tiga pengendali berkemahiran tinggi diperlukan untuk memastikan kemudahan itu berjalan dengan lancar setiap masa.



Menekankan peri penting rawatan onkologi inovatif seperti itu, Pengarah Urusan Lembaga Kemajuan Ekonomi,Cik Jacqueline Poh, berkata dalam ucapan pembukaannya:



"Kami menghadapi peningkatan pesakit menghidapi penyakit barah di seluruh dunia, yang memerlukan rawatan inovatif yang lebih berkesan dan tepat, dengan kurang kesan sampingan.



"Projek ini juga penting disebabkan oleh kesan limpahan tempatan. Melalui pelaburan ini, GSK akan melatih pekerja tempatan dalam bidang yang sangat khusus seperti pengilangan pembendungan tinggi... Keupayaan ini akan meletakkan tapak Jurong dan Singapura pada kedudukan yang baik untuk pelaburan selanjutnya."



Kemudahan itu juga akan membolehkan GSK membangunkan dan melancarkan produk baru dengan lebih cepat.



Menggelarkan kemudahan itu sebagai pelaburan strategik bagi membina keupayaan masa depan, Presiden GSK bagi rangkaian bekalan global, Encik Regis Simard, berkata:



"Kemudahan ini meningkatkan keupayaan kami untuk mengeluarkan produk masa depan yang sedang dalam pembangunan dan belum lagi berada di pasaran.



"Jumlah yang dikeluarkan mungkin kecil, tetapi kesannya besar."



Walaupun perubatan itu tidak menyumbang secara ketara kepada jualan ubat keseluruhan GSK, ia tetap penting untuk syarikat itu dilengkapi teknologi untuk menghasilkan perubatan pada masa depan, menurut Encik Simard.



"Kami tidak mempunyai kemudahan sedemikian sebelum ini berbanding sekarang. Produk yang kami ada ini adalah yang pertama dikeluarkan, tetapi produk lain sedang dalam perancangan," tambah beliau.



Kemoterapi digunakan sebagai rawatan pertama untuk pelbagai myeloma.



Namun, sesetengah pesakit mungkin masih mengalami perkembangan penyakit setelah menjalani beberapa sesi kemoterapi. Mereka kemudian boleh beralih kepada perubatan ADC.



Kemudahan baru itu terletak dalam tapak GSK Jurong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >