PENGGUBALAN fatwa akan menjadi lebih kompleks pada masa depan, kata Pengarah Dasar dan Pembangunan Keagamaan, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Ustaz Dr Nazirudin Mohd Nasir.
"Konteks cabarannya unik bagi kita. Kita tidak akan boleh mendapatkan jawapan yang mudah. Kita perlu merintis pemikiran sendiri mencari huraiannya. Ini memerlukan keberanian dan keyakinan bahawa inilah cara paling wajar bagi masyarakat kita," jelas beliau.