Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Guna batik Indonesia beri nafas baru kepada ceongsam

Feb 16, 2018 | 05:30 AM



CORAK bunga dan haiwan dan gabungan unsur Timur serta Barat - inilah antara keunikan jenama Tong Tong Friendship Store yang memberi nafas baru kepada pakaian tradisional Cina.



Diasaskan Cik Tan Sheau Yun pada 2005, setiap koleksi pakaian jenama itu berbeza dan menggunakan pelbagai jenis fabrik yang tidak biasanya dilihat pada pakaian tradisional Cina seperti ceongsam.



Mereka menggunakan fabrik seperti batik Indonesia, batik Afrika, sari dan sutera bersulam, namun pada masa yang sama, mengekalkan potongan tradisional pakaian Cina.



Cik Tan, yang juga pereka bagi jenama tersebut, berkata beliau mendapat idea bagi rekaan pakaiannya itu daripada pelbagai sumber, termasuk maklum balas orang ramai dan juga dari dirinya sendiri.



"Apabila saya mereka pakaian pada mulanya, kami mencetak corak klasik Cina yang aneh . Saya rasa ia sebahagian daripada perwatakan saya.



"Saya mereka pakaian yang saya rasa selesa memakainya pada bila-bila masa," kata beliau.



Cik Tan berkata pelanggan kedainya, yang terletak di Shaw Towers, terdiri daripada pelbagai lapisan usia.



ceongsam yang dijual berharga antara $300 hingga $600, dengan pakaiannya dijahit oleh tukang jahit dari Shenzhen, China.



Menurut Cik Tan, beliau memang minat dengan tradisi dan budaya Cina sejak dulu lagi.



Selama tujuh tahun, beliau merupakan juru pandu di Muzium Tamadun Asia di bahagian galeri China, namun mendapati tidak begitu ramai orang yang berminat mengunjungi muzium untuk mengenali sejarah dan budaya.



Dek kemahuannya mengongsi cinta dan minat beliau pada tradisi dan budaya Cina bersama orang ramai, Cik Tan memutuskan memulakan jenama pakaian tradisionalnya sendiri.



Pada 2004, beliau mengikuti program seni hiasan Asia di London selama sembilan bulan sebelum kembali ke tanah air untuk mengasaskan Tong Tong Friendship Store.



Bagi Tahun Baru Cina ini, Cik Tan telah melancarkan empat koleksi, dengan semuanya sudah hampir dijual.



Satu daripada koleksi itu menampilkan ceongsam biru putih dengan desain yang menggambarkan ekspedisi kapal dagang Eropah yang berlayar jauh ke China pada abad ke-16 untuk mendapatkan barangan mewah seperti porselin.



Cik Tan berkata orang ramai, tidak kira muda atau tua, harus terbuka dengan idea memakai pakaian tradisional kerana ia alternatif kepada nilai dan pakaian Barat yang digunakan setiap hari.



"Harapan saya adalah agar mereka terbuka mencuba pakaian tradisional. Mereka mungkin tidak perlu menerimanya tetapi mereka tidak harus menolak idea tersebut," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >